Dec 15, 2011

Korang Mmg Xde pilihan wpun di panggil opsyen

Hahaha wpun dipanggil opsyen....tp cegu2 tetap xde pilihan ... mmg nasib korang le kalu nak menolak SBPA.....



Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil 13/2011


Perenggan 16:
Sejajar dengan keperluan memartabatkan profesion keguruan, skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD yang berkuat kuasa adalah dipinda menjadi skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dengan ....................................


Perenggan 32:
Dengan penggubalan skim perkhidmatan bersepadu PPP, skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD di bawah SSM dijumudkan.


Perenggan 33:
Semua jawatan jumud sebelum SBPA akan dimansuhkan mengambil kira fungsi skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi diperlukan. Penyandang jawatan jumud ini akan ditawarkan opsyen bertukar ke skim perkhidmatan berkuat kuasa di bawah SBPA. Sekiranya terdapat penyandang di skim perkhidmatan jumud, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (Bahagian Pembangunan Organisasi) untuk tindakan susulan.


Perenggan 34:
Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dibaca bersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah Skim Pencen akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.

No comments:

Post a Comment